skip to main |
skip to sidebar
Dah seminggu ayah pergi meninggalkan kami. Rasa amat sekejap. Terbayang-bayang senyumannya..aku rindu!
Semalam buat majlis tahlil di rumah juga di surau. Mahu saje air mata ini menitik, tat kala dengar bacaan surah yasin. Kalau bukan dek kerana orang ramai ketika itu, sudah tumpah rasanya air mata ini. Aku kuatkan semangat bila terpandang wajah mama. Dia lah tanggungjawab kami sekarang, seperti amanat ayah semasa hayatnya. Baru aku teringat dan terfikir. Kenapa arwah ayah berkata sedemikian rupa. Ya Allah, Kau berikan kami kekuatan menempuh hidup tanpa ayah.
================================================================
Sudah 5 hari aku start kerja semula. Masa hari pertama, langsung takde mood. Lemah je rasa badan ni. Hari-hari buddy dengan staff lama. Tadi baru je start buat case. Goyang jugak la masa mula-mula buat. Kalau tak tengok je orang buat, sambil-sambil tu salin nota penting, tanya apa yang tak faham. Banyak lagi benda yang kena belajar. Nama pun freshie kan. Takkan la seminggu je dah expert..Baru tadi betul-betul hujan. Kalau tak mendung, then hujan..Tu pun sekejap je. Haish..mata dah tak leh balh da ni. Sekarang ni awal aje tidur. Tak leh nak lewat skit. Sign off dulu. See ya next time!
Aku lemah tanpa kamu :(
Lebih kurang pukul 11, pada hari yang sama. Dapat panggilan dari mak dekat hospital menyatakan yang ayah tenat. Aku macam tak percaya apa yang aku dengar, sebab seingat aku petang tadi ayah ok je. Kelam-kabut aku kejutkan kakak aku yang tengah tidur, kitorang bergegas segera ke hospital. Sampai di sana, mak sedang tunggu diluar. Dia ceritakan semua yang terjadi. Tiba-tiba je air mata jatuh, aku sebak sangat dengar apa yang mak aku cerita. Aku hanya dapat lihat dari jauh saje, doktor dan nurse sedang sibuk selamatkan arwah. Agak lama juga menunggu doktor keluar, untuk mengetahui keadaan arwah ayah masa itu. Tak putus-putus kami berdoa agar semuanya baik sahaja. Akhirnya dalam pukul 12 doktor berjumpa kami. Dia menyatakan yang arwah ayah tidak sedarkan diri, dan jantungnya gagal berfungsi. Aku rasa macam nak pengsan bila dengar apa yang dituturkan oleh doktor masa itu. Tapi dia ada menyatakan yang mereka dapat mengembalikan semula nadi arwah ayah. Punca arwah ayah tiba-tiba tenat disebabkan terdapat pendarahan teruk di bahagian usus beliau. Aku pun tidak pasti mengapa. Sedangkan petang tadi doktor kata luka kecil sahaja. Dan disebabkan itu juga la jantungnya gagal berfungsi. Terlalu menahan sakit.
Aku pun dah tak tentu arah, dan tak putus-putus membacakan surah yasin untuk ayah. Sekali lagi aku tengok mereka menghenyak arwah ayah. Tiap kali aku tengok mereka berbuat demikian, tiap kali itulah aku tak dapat menahan tangisan aku. Sebak sangat melihatkan keadaan ayah yang sememangnya lemah sebelum ini. Makcik dan sepupu sudah tiba. Kami masih menunggu keputusan. Akhirnya tepat pukul 1.40 pagi, doktor yang sama menyatakan yang mereka sudah sedaya upaya buat yang terbaik tetapi gagal. Ayah aku akhirnya disahkan meninggal dunia pukul 1.35 pagi. Katanya darah tidak berhenti-henti, dan jantung sekali lagi berhenti. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami pada masa itu. Mak dah meraung, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Baru sahaja dia berbual dengan arwah ayah, tiba-tiba Allah mengambil nyawanya. Aku redha dengan apa yang berlaku walaupun sangat sedih. Dengan ayahlah kami bermanja. Tidak puas rasanya. Dengan sekelip mata arwah pergi. Bila dapat tatap wajahnya, sayu sangat hati ni. Walaupun begitu aku lega, arwah ayah tidak lagi menanggung sakit yang ditahannya selama sebulan itu. Aku doakan agar rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Bagi aku ayah kitorang ayah yang paling cool, sporting. Tak pernah naik tangan dekat kami. Ayah, kami sayang ayah!
Assalamualaikum.
Untuk pengetahuan semua, ayah ku telah pergi mengadap ilahi semalam pada pukul 1.35 pagi di HKL. Bagaikan ada batu yang meghempap dada ku tatkala doktor memberitahu kami sekeluarga pada masa itu. Sangat terkilan arwah tidak dapat melihat kami pada masa arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Disebabkan doktor dan nurse berusaha menyelamatkan arwah. Segalanya masih segar dalam ingatan.
Bermula dari terima panggilan dari kakak menyatakan yang arwah jatuh di bilik air di rumah, ketika itu baru sahaja sampai di tempat kerja. Dan masa itu jugalah kakak telefon ambulance untuk bawa arwah ke hospital. Masa terima panggilan, keadaan aku masa itu tak tentu arah, dada rasa berdebar je. Segera minta permission dari pihak ofis untuk pulang dan segera ke hospital. Sampai di ICU HKL, kakak cakap semua under control. Dalam setengah jam baru masuk tengok. Itu pun sekejap saje, sebab doktor tak bagi lama-lama. Masa tengok je arwah masa tu, muka pucat lesi. Tangan sejuk semacam. Rasa tak sedap hati pulak. Tapi buang segala perasaan itu jauh-jauh. Sempat juga tanya keadaan arwah masa tu. Masa itu arwah dah di pasang dengan tiub untuk buang air kecil dan dimasukkan air. Arwah jugak ada cakap yang arwah lapar, sebab since pagi tu tak makan lagi. Then mak tanya pada nurse bertugas, tapi jawapan amat mengecewakan. Tak dibenarkan makan atau minum sebab tengah masuk air. Kesian sangat dengan arwah. Tapi ada cakap dengan arwah, maybe kejap lagi boleh jamah makanan.
Disebabkan orang yang ramai, wad penuh..masa untuk admit ke wad juga ambil masa yang lama. Kesian jugak tengok arwah terpaksa menunggu lama. Dalam 11.30 pagi baru dapat masuk wad. Barulah arwah dapat tengok kami lagi. Masa tu jugak dapat tahu yang arwah kena puasa untuk buat scope atau dalam erti kata lain masuk kamera dalam usus. Disebabkan itu, arwah terpaksa berlapar lagi. Kami sekali lagi yakinkan yang arwah boleh makan lepas buat scope nanti.
Dalam pukul 2 petang, mak ikut sekali masuk dalam bilik rawatan. Kami hanya tunggu di bawah disebabkan waktu melawat tamat pukul 2. Selesai sahaja, mak baru mesej menyatakan arwah ada ulser di ususnya. Tapi luka kecil sahaja. Agak lega jugak bila dapat tahu. Pukul 4.30 petang, baru boleh masuk wad semula. Masa tu, mak bagi tahu yang tak boleh makan atau minum. Ya Allah, ujian apa yang Kau berikan pada ayah ku..Rasa terkilan sangat-sangat. Hanya dapat basahkan bibir saje. Kata-kata semangat saje untuk menenangkan hati arwah.
Disebabkan kena tidur di wad, jadi kami plan adik lelaki temankan arwah di hospital. Tapi arwah mahu mak yang temankan. Mungkin lagi selesa. So sementara menunggu mak untuk datang semula, aku dan kakak meneman arwah sehingga pukul 7.30 petang. Sepanjang masa itu, kami berborak. Sekejap-sekejap arwah mengerang sakit ketika buang air kecil melalui tiub. Sakit, perit katanya. Aku dan kakak hanya mampu melihat dan memujuk supaya bertahan. Sedih jugak tengok muka arwah setiap kali begitu. Tidak sanggup rasanya.
Akhirnya mak pun sampai. Kebetulan masa melawat sudah tamat. Kami diminta beredar. Rasa berat nak meninggalkan arwah pada masa itu. Itulah kali pertama arwah masuk wad, tidak pernah seumur hidup sebelum ini. Kami pun pulang ke rumah.
Dah berapa minggu ayah sakit. Bawa pergi jumpa doktor pun dah banyak kali jugak. Ubat pun dah bertimbun. Semua ubat-ubat tu tak power langsung. Sakit tetap ada. Sebelum ni tak pernah ayah sakit macam ni teruk sekali. Biasa kalau sakit sehari dua mesti dah baik. Tapi sakit menjadi-jadi. Risau sangat. Sampai muntah-muntah. Mama pernah bawa jumpa ustaz, dia ada cakap pasal kena buatan orang. Aku pun tak berapa percaya sangat. Memang lah benda-benda sihir ni wujud, tapi setahu aku ayah tak pernah pulak ada musuh. Sebab life dia kerja, balik kerja pastu duduk kat rumah je. Takde la dia nak lepak dengan kawan-kawan or something else yang buang masa ni. Tapi tak tahu la kot ada yang tak puas hati dengan dia masa kat tempat kerja. Sebab aku rasa mustahil sangat coz ayah bukannye jenis nak ambil tahu pasal orang sangat. So committed dengan kerja dia. Everyday kerja non stop,huhu...
Kitorang semua dah buntu sangat tak tahu nak buat macam mana lagi. Macam-macam ubat dah bagi ayah makan. But still the same. Selalu ayah tak nyenyak tidur, mesti terjaga sebab kadang-kadang sakit menyerang balik. Kesian sangat tengok ayah. Aritu memang dah baik, siap boleh pergi kerja lagi. Then dua tiga hari ayah cakap sakit balik. Ingatkan kes dah selesai. Adeh, macam tu la yang jadi sampai ke hari ni. Ya Allah, Kau sembuhlah penyakit ayah. Ringankan lah penderitaan dia. Kesian aku melihatnye begitu...Amin.
Sekejap rasanya masuk ke tahun baru. Sepanjang 2009 dah macam-macam benda yang jadi dalam hidup aku. Pahit, manis, suka, duka. Berbagai dugaan yang aku hadapi. Walau pahit macam mana pun, nak taknak aku terpaksa juga hadapi. Kadang tu ada je yang mencabar kesabaran aku yang agak panas baran ni. Tapi setiap yang pahit itu ada jugak yang manisnya. Dapat ramai kawan baru, belajar benda baru..bf baru takde lagi hahaha! Nak kena sepak, try la..
Tapi bila masuk tahun baru, mesti ada je yang tanya apa azam aku untuk tahun baru ni. Erm..yang aku pasti aku nak mulakan kerjaya aku yang dah lama aku berhenti. Kerja pastu berenti..Mak aku pun dah pening kepala. Kakak aku lagi la...sebab tambah lagi beban dia menanggung 2 orang yang menganggur kat rumah aku ni, hihihi...Sorry sis, nak buat macam mana. Marah macam mana pun dia, dia tetap belanja aku makan, beli baju--walaupun RM10 pun aku tak kisah. Aku tetap happy. Bukan aku tak nak kerja, tapi bila kerja pun dah macam-macam dugaan yang datang. Bukan aku lemah, sampai tak boleh handle segala situasi tu. Tapi dah tak tertahan, aku terpaksa lepaskan juga. Aku tahu agak payah sekarang nak mendapatkan kerja. Tapi aku tetap usaha jugak, walau banyak kali kena tipu, kena perli..terpaksa la telan biar pahit sekali pun. Member aku pun ada cakap, yang lepas tu jangan dikenangkan lagi. Jadikan satu pengajaran.
Aku redha dengan apa yang telah terjadi. Moga tahun ini bermulanya fasa yang indah, adventure dalam hidup aku..hihi. Happy New Year 2010!!
Yang Mengarang,